18 February, 2011

Percutian ke PD --Part 1--

masa cuti raya cina aritu, kitorang join Family Day keluarga besar kami, keluarga Opah Pom kat salah satu resort kat PD.. seronok je rasa bila dapat berkumpul.. sebelum2 ni masing2 busy dengan aktiviti sendiri, jadi bagusla ada aktiviti macam ni sekali sekala..

yang tak bestnya bila mama tak dapat ikut ke Family Day tu tapi takpe, percutian perlu diteruskan jua.. dalam demam2, sakit2 perut, sakit kaki.. kami gagah juga menyertai percutian ni.. haha..

kami gerak dari Ipoh seawal pukul 8 pagi pada 4hb tu..  sampai kat Rawang pukul 11 lebih.. lepas rehat2, makan2 dan solat.. kami gerak ke PD lepas yang laki2 abes Solat Jumaat..

sempat lagi kami tangkap2 gambar sementara tunggu keluarga Paklong siap berkemas.. hehe..
Angah dan cute naughty Qisya
kakcik dan Qisya yang nak berlari turun dari bukit
Tuan Blog dan Qisya
motif: sayang Qisya (^_^)v
kami sampai ke resort lebih kurang pada pukul 6.. angkut2 dan kemas2 barang.. tukar baju dan bawak adik2 menuju ke pool.. abes melayan budak2 kecik mandi pool, kami balik bilik untuk solat dan bersiap untuk makan malam..

dapat 2 bilik.. 1 untuk kami dan satu lagi untuk ayah dan adik

bandwagon.. cool kan~~

malam pertama kami makan di Restoran Mee Bandung Muar.. macam2 lauk de.. sangat kenyang dan puas hati..

meja kami
meja sana..
pinggan saya.. hehe.. lauk keliling (^_^)v


--- bersambung ---