02 October, 2013

Suasana Raya 2013 =)

Assalamualaikum..

Tahun ni sekali lagi aku beraya kat rumah lepas kontrak ku dengan MITI tamat pada 4 June 2013..

Berpuasa kat umah, beraya pun kat umah.. 

Sehari sebelum raya tu, ayah, aku dan adik2 bertabah untuk siapkan kuah kacang tangguk 2 kilo dan juga rendang ayam 4 ekor.. 

Malam sehari sebelum sehari sebelum hari raya tu (hah kau..) kami dah start kupas2 bawang, potong2 serai dan bahagikan yang mana nak masak rendang, mana nak masak kuah kacang.. jadi esok nye terus blender je.. untuk kuah kacang gak kami dah siap2 goreng kacang, buang kulit kacang dan kisar kacang tu kecik2.. takdela amek masa sangat esoknya tu.. 

bertabah mengopek bawang dan meracik serai beramai2
satu periuk besar dan satu kuali besar punye..
hasilnya.. Alhamdulillah


Pagi raya pertama tu kami bersembahyang raya kat umah saje.. dalam pukul 10 baru kami gerak ke Taiping untuk beraya kat kampung..

tema raya tahun ni ialah turqoise..
opah bersama dengan baju yang kami belikan  =)
opah, mama, mak ngah and yours truly  =)
Dalam pukul 10 malam tu kami pun balik ke rumah, tak bermalam pun sebab rumah opah penuh dan ramai orang.. =)



Raya kedua pulak kami ke rumah Opah yang di Jelapang pulak.. tak kemana2 pun, cuma beraya di rumah opah aje.. lagipun petang tu Opah dimasukkan ke hospital untuk terima rawatan..

raya kedua takde tema.. sukati je.. 

cousinssssssssss...

kami sekeluarga

gembira =)

Alhamdulillah  =D


Malam tu kami melawat Opah di hospital dan balik semula ke rumah..

Raya ketiga nya kami buat makan2 untuk ahli2 keluarga belah ayah yang still ada kat umah opah.. kami masak nasik berlaukkan ikan siakap sweet sour, ikan masak tempoyak, sayur campur, ayam goreng dan juga laksa..

tetamu2 yang hadir


Raya yang keempat tu kami berempat iaitu ayah, angah dan aku bertolak ke KL untuk hantar aku ke rumah sewa sebab aku dah kene start keje kat LHDN pada ari Isnin 2 Ogos tu.. sob3 =)




11 January, 2013

melalut =)

Salam semua.. dalam dok ber blogwalking, rasa suka bila tengok para2 blogger letakkan gambar2 percutian mereka berserta caption.. hati pun teringin nak wat mende yang sama.. nak kumpulkan semua gambar2 yang ada  di facebook kat sini.. dulu2 ade album gambar tapi sekarang dah takde.. hehe~~

gambar2 yang akan ditempek pulak bukan setakat dari kamera sendiri, tapi dari mana2 gambar yang ada kat facebook tu.. jadi kat sini nak bagi full credit untuk semua gambar2 yang di ambil dari facebook dan di paste kan kat sini..  =)

kalau ada mood dan kesempatan, gambar2 tu akan di caption kan ikut kesesuaian.. dan jugak untuk menjadi kenangan di masa2 akan datang..

hape aku melalut ni.. haha.. layankan aje.. wohooo~~~