Untuk hari Ahad ni kami merancang nak ke Times Square tapi oleh sebab2 yang tak dapat dielakkan, rancangan tu terpaksa dibatalkan.. takpe, minggu2 depan ada lagi.. hehe ^^
jadi pukul 2pm kami bertolak ke KL Sentral menaiki bas Metro 12 untuk hantar Angah balik ke Nilai.. sementara menunggu orang2 berkenaan, kami meluangkan masa dekat McD KL Sentral.. Tapau Chocolate Indulgence kat Secret Recipe, beli Happy Meal untuk dibawa balik..
puas makan kek, kami pun berjalan2 serata KL Sentral dan bila orang yang ditunggu sampai.. kami pun berpisah..
daku balik semula ke kolej naik LRT ke Stesen Universiti dan ambil bas ke Jalan Universiti.. menapak la daku dengan diiringi lagu2 kegemaranku..
sampai kat bilik, terus menghadap Laptop sampai tertidur.. ^^
No comments:
Post a Comment