07 October, 2013

Birthday Acu di Genting

Assalamualaikum..

Hari sabtu lepas (5 Oktober) merupakan birthday Acu daku.. Acu ni ialah adik pada Mama.. kami rancang sambut birthday dekat Genting Highlands.. semua nya di sponsor oleh diorang.. Alhamdulillah..

Pukul 8 pagi daku gerak ke Bukit Beruntung. sampai2 je terus gerak makan pagi dekat kedai mamak dan terus bertolak ke Genting..

Kami berhenti dekat tempat kereta kabel tu dan dengan kereta kabel kami naik ke atas tu.. cuaca pagi tu memang ok, cantik je permandangan nak naik atas tu..

sementara menunggu giliran
cantik sangat permandangan nye
kami bertiga
sampai2 je kat atas kami merayau2 dulu.. puas merayau kami sambut birthday Acu dekat Pizza Hut.. puas mencari Secret Recipe tapi tak ade.. nasib baik ada jugak kek yang dijual kat atas tu  =)

kek pada hari kejadian
Maksu dan juga Acu
yours truly =)
pas selesai makan, kami pun masuk ke Snow World.. RM30 seorang dapat masuk dalam tu selama 40 minit.. dapat jaket, boot dan sarung tangan untuk dipakai dalam tu.. kamera tak dibenarkan masuk sebab diorang ada photographer sendiri kat dalam tu.. jadi kalau nak tangkap gambar tu pandai2la macam kami ni.. boleh jugak kalau nak beli gambar yang diorang amek tu, RM55 sekeping tanpa softcopy.. phewww, memang tak la ken  =)

pintu masuk
mereka
daku dan acu
daku dan maksu
acu saye
maksu saye
gamba saya
saya lagi
dan lagi
dan lagiiiiiiii
okey last.. =)
gambar ni amek kat luar
dan lagi
pas kuar dari situ, kami pun sambung jalan sikit dan terus pergi balik kat tempat kereta kabel tu sebab acu tak mau sampai umah lewat malam.. maka tamatlah percutian kami hari tu  =)

balik tu berkabus tebal, tak nampak apa2

kami yang penat dan gembira

03 October, 2013

Majlis Perpisahan

Assalamualaikum..

Rini nak cerita pasal majlis perpisahan daku dari MITI aritu.. daku ditamatkan kontrak sebagai Pekerja Sambilan Harian(PSH) pada 4 June 2013, dapatla daku pengalaman bekerja 3 bulan sebagai P.A dan 3 bulan sebagai Kerani.. daku start keje kat MITI pada 5 Disember 2012..

Daku ditempatkan di Bahagian Dasar Pelaburan dan Fasilitasi Pelaburan, Tingkat 10. Sebagai P.A, daku ditugaskan membantu tugas2 Puan Gan Mui Huei, Pengarah Seksyen Pelaburan..


daku dan Puan Gan

Bila P.A Puan Gan balik dari cuti bersalin, daku sambung jadi kerani lak kat situ.. mula2 kerani pentadbiran pastu daku ganti kerani Unit Kerjasama Antarabangsa yang cuti bersalin pulak sampai la last day..

khusyuk buat sistem pengurusan aset

jadi sekretariat untuk mesyuarat
Bahagian daku ni ada buat Majlis Perpisahan untuk staf2 yang nak berhenti dan berpindah, termasukla kami2 yang PSH ni..

kek birthday untuk hari kejadian
majlis perpisahan dan majlis sambutan hari jadi untuk anak2 April, Mei dan Jun

kami bertiga Pekerja Sambilan Harian (PSH)


dapat hadiah daripada Pengarah Kanan Bahagian

hadiah berupa kain sutera vietnam yang dah selamat jadi baju raya kedua
selain sambutan daripada Bahagian.. sebahagian ofismate daku ada jugak belanja daku makan.. terima kasih banyak2 sangat ye Kak Ina.. kami pergi ke Secret Recipy Gombak untuk makan2 kat situ..

makanan kami hari tu

mereka2 yang terlibat  =)

masa last day daku lak, my best friend belanja pulak daku makan chicken chop enak dekat Cafe Hasil dekat je dengan ofis daku.. terima kasih banyak2 ye.. dah jadi rumet pun kita ni  =D

daku dan Ira
ciken cop enak
malam tu pulak daku ngan housemate2 ku makan sama2 kat kedai yang dekat je dengan umah.. kami memang jarang dapat makan sama2, jadi malam tu kami pun makan la sama2.. konon2 farewell dinner la padahal sekarang daku still dok kat umah yg sama dan duduk dengan orang yang sama.. Alhamdulillah  =)

masing2 order tomyam

housemate2 ku sekalian  =)

selain dari jamuan, ada jugak ofismate yang bagi adiah perpisahan kat daku.. saje je nak masuk sini untuk kenangan =D

from anak kak Mas, Adif.. cute =)

dari pegawai yang travel oversea.. kira adiah perpisahan gak la ye

from my Running Man geng.. Kak Lis =)

my portion hasil sumbangan Cik Nasy =)

adiah paling sedap dan manissssssssss... dari Kak Ina

from my best friend aka my new roomate

nasib baik tak lama pun daku berpisah ni.. sekarang daku still dok umah sewa yang sama, dengan housemate yang sama.. dan daku still selalu pegi MITI dok mengacau bekas ofismate.. hehe  =D

02 October, 2013

Suasana Raya 2013 =)

Assalamualaikum..

Tahun ni sekali lagi aku beraya kat rumah lepas kontrak ku dengan MITI tamat pada 4 June 2013..

Berpuasa kat umah, beraya pun kat umah.. 

Sehari sebelum raya tu, ayah, aku dan adik2 bertabah untuk siapkan kuah kacang tangguk 2 kilo dan juga rendang ayam 4 ekor.. 

Malam sehari sebelum sehari sebelum hari raya tu (hah kau..) kami dah start kupas2 bawang, potong2 serai dan bahagikan yang mana nak masak rendang, mana nak masak kuah kacang.. jadi esok nye terus blender je.. untuk kuah kacang gak kami dah siap2 goreng kacang, buang kulit kacang dan kisar kacang tu kecik2.. takdela amek masa sangat esoknya tu.. 

bertabah mengopek bawang dan meracik serai beramai2
satu periuk besar dan satu kuali besar punye..
hasilnya.. Alhamdulillah


Pagi raya pertama tu kami bersembahyang raya kat umah saje.. dalam pukul 10 baru kami gerak ke Taiping untuk beraya kat kampung..

tema raya tahun ni ialah turqoise..
opah bersama dengan baju yang kami belikan  =)
opah, mama, mak ngah and yours truly  =)
Dalam pukul 10 malam tu kami pun balik ke rumah, tak bermalam pun sebab rumah opah penuh dan ramai orang.. =)



Raya kedua pulak kami ke rumah Opah yang di Jelapang pulak.. tak kemana2 pun, cuma beraya di rumah opah aje.. lagipun petang tu Opah dimasukkan ke hospital untuk terima rawatan..

raya kedua takde tema.. sukati je.. 

cousinssssssssss...

kami sekeluarga

gembira =)

Alhamdulillah  =D


Malam tu kami melawat Opah di hospital dan balik semula ke rumah..

Raya ketiga nya kami buat makan2 untuk ahli2 keluarga belah ayah yang still ada kat umah opah.. kami masak nasik berlaukkan ikan siakap sweet sour, ikan masak tempoyak, sayur campur, ayam goreng dan juga laksa..

tetamu2 yang hadir


Raya yang keempat tu kami berempat iaitu ayah, angah dan aku bertolak ke KL untuk hantar aku ke rumah sewa sebab aku dah kene start keje kat LHDN pada ari Isnin 2 Ogos tu.. sob3 =)