Assalamualaikum..
Tahun ni sekali lagi aku beraya kat rumah lepas kontrak ku dengan MITI tamat pada 4 June 2013..
Berpuasa kat umah, beraya pun kat umah..
Sehari sebelum raya tu, ayah, aku dan adik2 bertabah untuk siapkan kuah kacang tangguk 2 kilo dan juga rendang ayam 4 ekor..
Malam sehari sebelum sehari sebelum hari raya tu (hah kau..) kami dah start kupas2 bawang, potong2 serai dan bahagikan yang mana nak masak rendang, mana nak masak kuah kacang.. jadi esok nye terus blender je.. untuk kuah kacang gak kami dah siap2 goreng kacang, buang kulit kacang dan kisar kacang tu kecik2.. takdela amek masa sangat esoknya tu..
bertabah mengopek bawang dan meracik serai beramai2 |
satu periuk besar dan satu kuali besar punye.. |
hasilnya.. Alhamdulillah |
Pagi raya pertama tu kami bersembahyang raya kat umah saje.. dalam pukul 10 baru kami gerak ke Taiping untuk beraya kat kampung..
tema raya tahun ni ialah turqoise..
|
Dalam pukul 10 malam tu kami pun balik ke rumah, tak bermalam pun sebab rumah opah penuh dan ramai orang.. =)
Raya kedua pulak kami ke rumah Opah yang di Jelapang pulak.. tak kemana2 pun, cuma beraya di rumah opah aje.. lagipun petang tu Opah dimasukkan ke hospital untuk terima rawatan..
raya kedua takde tema.. sukati je.. |
cousinssssssssss... |
kami sekeluarga |
gembira =) |
Alhamdulillah =D |
Malam tu kami melawat Opah di hospital dan balik semula ke rumah..
Raya ketiga nya kami buat makan2 untuk ahli2 keluarga belah ayah yang still ada kat umah opah.. kami masak nasik berlaukkan ikan siakap sweet sour, ikan masak tempoyak, sayur campur, ayam goreng dan juga laksa..
tetamu2 yang hadir |
Raya yang keempat tu kami berempat iaitu ayah, angah dan aku bertolak ke KL untuk hantar aku ke rumah sewa sebab aku dah kene start keje kat LHDN pada ari Isnin 2 Ogos tu.. sob3 =)
No comments:
Post a Comment