wah2.. sejak bila daku pandai kongsi artikel ni.. hehe.. tapi siyes rasa nak kongsi sangat artikel ni.. cambesh je..
mengisahkan pasal peringkat2 tidur kita yg hari2 kita buat tu.. leh tgk artikel sebenar kat sini~~ best website ni.. macam2 cite, pi la tengok..
Apa Yang Berlaku Semasa Tidur?
Stages of sleep. Tidur ada 5 peringkat. Stage 1, 2, 3, 4 (atau stage NREM, non-rapid eye movement) dan REM (Rapid Eye Movement).
Stage 1.
Permulaan untuk tidur. Anda “masuk dan keluar” daripada tidur. Senang terjaga kalau ada orang kejutkan. Pergerakan mata dan badan anda menjadi perlahan. Kadang-kadang kaki anda tersentak. Dan anda berasa seperti “terjatuh”.
ps: siyes slalu rasa cam terjatuh tu.. ingat mmg diri ni tak normal.. hehe~~
Stage 2.
50% masa tidur anda berada di peringkat ini. Pergerakan mata anda berhenti. Aktiviti otak perlahan.
Stage 3.
Peringkat pertama “deep-sleep”. Otak menghasilkan gabungan “slow waves” dan “faster waves”. Ia dipanggil “delta waves”. Susah untuk dikejutkan dari tidur. Kalau anda bangun semasa peringkat ini, anda akan pening dan bingung beberapa minit.
Stage 4.
Peringkat kedua “deep-sleep”. Otak lebih menghasilkan “slow delta waves”. Lebih sukar untuk dikejutkan dari tidur. Jika peringkat ini pendek, anda bangun dan berasa tidak cukup tidur. Kedua-dua peringkat “deep-sleep” ini penting untuk tidur yang berkualiti.
REM.
Peringkat dimana mimpi akan datang. Anda akan bernafas laju, tidak sekata dan dalam. Mata bergerak pantas. Otot badan tidak boleh bergerak. Jantung berdegup pantas dan tidak sekata.
sekian (^-^)v
No comments:
Post a Comment