28 February, 2010

Makan Tengahari di Seoul

mampukah daku untuk makan tengahari di Seoul itu..??

sudah semestinya tidak..

maka untuk tidak menghampakan hati sendiri maka kami bercadang untuk makan di SEOUL GARDEN.. asalkan ada SEOUL cukuplah.. hehe ^^

sebelum pulang ke Ipoh semasa cuti raya cina lepas, kami singgah ke One Utama untuk menikmati daging2 yang dipanggang mengikut citarasa sendiri di sana..

bertemankan Angah dan rakannya Sofia, kami berangkat dari Kolej ke KL Sentral untuk menyimpan beg2 balik kampung kami

seterusnya kami menaiki bas ke One Utama dan terus menjejaki Restoran Seoul Garden tersebut

sesampai nya kami di sana, kami disambut oleh Cashier yang wajahnya persis Idol dari Korea itu (rujuk Post sebelum ini)

maka makanlah kami dengan tenang di sana dalam lebih kurang 3 jam.. haha ^^

silalah lihat gambar2 kami ni..


gambar wajib di atas untuk tujuan peng'Ping'an entry di GB ^^

selesai menyumbat perut dengan makanan2 yang enak2..

kami ke bilik air One World Hotel untuk menyelesaikan apa2 yang patut dan meneruskan lagi sesi bergambar ^^

kemudian kami menaiki teksi ke stesen LRT Taman Bahagia terus ke KL Sentral untuk menaiki Komuter ke Rawang

di Rawang kami disambut oleh Paklong untuk ke rumah mereka dan seterusnya kami semua berangkat ke Tanjung Malim untuk menaiki bas ke Ipoh

sementara menunggu bas sampai, kami menghabiskan masa terluang di Secret Recipy untuk mengisi perut ^^
me and my Apple Juice

Iqa and her Strawberry Milk Shake

Paklong's cake

Seafood roll pe ntah..

Large French Fries

Angah and her ..??? (xingat la)

tepat pukul 8 mlm, bas kami pun bertolak dari Tg Malim ke Ipoh sambil mengharungi Jem hebat di Lebuhraya..

--- TAMAT---

5 comments:

Unknown said...

macam best jer tempatnya :)

Nor Fariha Bt Ahmad Fardun said...

hehe.. mestila best.. antara tmpt favourite.. tp xmampu la nak gi slalu ^^

paan said...

dari kolej mana ?? student uitm shah alam ke ?? aku lagi suka citer jepun..

Nor Fariha Bt Ahmad Fardun said...

takla.. sy dari UM.. suke jugak citer Jepun ^^

Fieya said...

lawak pulak k.farifa tambah2 dialog kat pic...haha